Monday 23 January 2012

7 PENGERTIAN CINTA.. CINTAMU & CINTAKU ??



Dengan memahami jenis kisah cinta kita, happy ending bukan sekadar mimpi…nak tahu apa saja cerita cinta itu?? Jom admin huraikan sedikit sebanyak yg admin tahu.. (Jiwang lah pulak..)

1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO, pandai2la bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar..first love never dies..yang pertama belum tentu yg terbaik..tetapi yang terakhir biasanya yg terbaik..

2. CINTA PEMBIMBING
Hmm..yg ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan drp kita ingin mendapatkan pasangan yg blh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yg juga blh menjadi ‘guru’, seorang yg blh kita jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat @ diri kita.

3. CINTA MENGGODA
Seseor yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.

4. CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status social yg terlalu jauh kadangkala blh membuat salah satu pihak merana…bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat…mcm kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dgn Sabariah anak Nyonya Mansor tu la…

5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yg dah ‘terikat’ atau sebaliknya ada wanita yg gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, ‘terikat’ itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg cukup sukar ditepis.

6. CINTA SI PENYELAMAT
Ini kisah cinta apb kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya..so, berikanlah cinta yg tulus kpdnya..Think positive!

7. CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja org masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita utk mendapatkan cinta yg kita inginkan…

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

9 Manusia Yang Dibesarkan Oleh Binatang

Bila melihat tajuk entri ni,mesti perkataan pertama yang muncul didalam fikiran korang ialah Tarzan.Betul tak?Tetapi,yang menimbulkan pertanyaan di sini ialah adakah benar manusia pernah dijaga oleh binatang?Kalau difikir secara logik,perkara ini tidak benar.Tapi ingat tiada apa yg mustail bagi Allah SWT.Tetapi,didunia ini ada 9 manusia yang dibesarkan oleh binatang.Perlakuan dan komunikasi mereka seperti binatang.Jom kita lihat 9 manusia tu.

1. Oxana Malaya, Ukraine Dog Girl

Seorang gadis ditinggalkan di sebuah kandang anjing oleh orang tuanya yang tidak bertanggungjawab dari usia 3 sampai 8 tahun, Oxana Malaya tumbuh tanpa orang tua selain daripada anjing yang ada di kandang tersebut. Ketika ia ditemukan pada tahun 1991, ia tidak bisa berbicara, hanya boleh menggonggong, dan berlari sambil merangkak. Sekarang usianya sudah menginjak 20-an, Malaya telah diajarkan untuk berbicara, tetapi masih mengalami gangguan kognitif. Ketika ini Malaya bekerja merawat lembu di sebuah ladang peternakan dekat hospital sakit jiwa.

2. Rochom P'ngieng, Cambodia Jungle Girl

Pada waktu menggembala kerbau di sepanjang tepi hutan di Kamboja pada usia 8 tahun, Rochom P'ngieng menghilang secara misterius. Lapan belas tahun kemudian, pada tahun 2007, seorang warga melihat sebuah wanita telanjang menyelinap di sekitar halamannya mencuba untuk mencuri beras. Wanita itu diidentifikasi Rochom P'ngieng yang telah lama hilang. Dia dikenali kerana kesan luka di punggungnya. Gadis itu telah membesar menjadi seorang wanita 30 tahun, entah bagaimana dia bertahan hidup sendirian di hutan tebal. Gadis itu tidak dapat mempelajari bahasa lokal atau untuk beradaptasi dengan budaya lokal, pada akhirnya ia melarikan diri dan belum ditemukan.

3. John Ssebunya, Ugandan Monkey Boy

Setelah melihat ibunya dibunuh oleh ayahnya, John Ssebunya yang berumur 4 tahun menjadi trauma dan lari ke hutan. Dia dilaporkan dibesarkan oleh pasukan monyet vervet sampai pada saat dia ditemukan tahun 1991. Seperti sering terjadi ketika anak-anak liar ditemukan, dia menolak untuk ditolong oleh penduduk desa, dan dia mendapat bantuan dari keluarga angkatnya monyet yang melempari penduduk desa dengan ranting-ranting pohon. John telah diajarkan bagaimana berbicara, dan sekarang boleh menyanyi juga. Bahkan, dia bergabung dengan paduan suara anak-anak Mutiara Afrika.

4. Victor of Aveyron

 Mungkin  anak liar paling terkenal , cerita Victor juga pernah di filemkan didalam filem L'Enfant Sauvage. Meskipun asal-usulnya  adalah misteri, namun banyak orang yang percaya Victor menghabiskan masa  kanak-kanaknya telanjang dan sendirian di hutan sebelum diketahui  masyarakat pada tahun 1797. Setelah beberapa kali menampakkan diri, ia  akhirnya muncul sendiri di dekat Saint-Sernin-sur-Rance, Perancis, pada  tahun 1800. Victor menjadi subjek untuk ramai ilmuwan yang  ingin tahu tentang asal-usul bahasa dan perilaku manusia, meskipun dalam  perkembangannya kemajuan daripada kecerdasan anak ini sangatlah sedikit.

5. Madina

Kisah tragis Madina adalah seperti Oxana Malaya. Ditinggalkan sampai pada hari dia ditemukan pada usia 3. Dia hidup dan diasuh oleh anjing. Saat ditemukan, ia hanya dapat mengucapkan dua kata, ya dan tidak, meskipun ia lebih suka menggeram seperti anjing. Untungnya, Madina dinyatakan sehat secara mental dan fizikal setelah penemuannya. Meskipun perkembangannya terlambat, tetapi dia masih muda, seorang pengasuh percaya bahawa Madina akan kembali normal ketika usianya meningkat dewasa.

6. Lobo Wolf Girl of Devil's River


Pada tahun 1845, SEOrang gadis misteri dilihat berjalan merangkak di sarang serigala yang menyerang kawanan kambing dekat San Felipe, Mexico. Cerita ini dikuatkan setahun kemudian ketika gadis itu dilihat sekali lagi, kali ini dia dilihat sedang melahap seekor kambing yang baru dibunuh. Penduduk setempat khuatir dan mencari gadis itu keesokan harinya dan akhirnya berhasil menangkap dia. Dia melolong tak henti-hentinya sepanjang malam, membuat sekelompok serigala berdatangan ke desa untuk menyelamatkan gadis itu. Pada akhirnya ia dapat menyelinap keluar dari kandang dan melarikan diri.
Gadis itu tidak dilihat lagi sehingga 1852, terakhir kali ia terlihat ia sedang menyusui dua anak serigala di tepi sungai. Merasa terganggu, dia mengumpulkan dua anaknya dan lari kembali ke hutan dan tidak pernah terlihat lagi selepas itu.

7. Russian Bird Boy

 Terkurung di sebuah ruangan yang dikelilingi oleh kandang burung, seorang anak Rusia dibesarkan seperti burung peliharaan oleh orang tuanya yang jahat. Ketika ia ditemukan, ia tidak bisa berbicara dan hanya dapat bercericip seperti burung. Ia tidak dapat berkomunikasi seperti manusia normal. Dia telah dipindahkan ke pusat perawatan psikologi di mana para profesional bekerja untuk membantu dirinya kembali normal.

8. Amala Dan Kamala

Dua orang anak perempuan yang berumur 8 tahun dan 18 bulan, ditemukan di sarang serigala pada tahun 1920 di Midnapore, India. Kisah ini menuai banyak kontroversi kerana umur mereka berdua berbeza jauh dan para ahli tidak menganggap bahwa mereka bersaudara.Yang lebih mungkin bahwa mereka berdua diambil oleh serigala pada waktu yang berbeza. Seperti banyak anak-anak liar lain, mereka dilaporkan sangat ingin kembali ke alam liar dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup manusia.

9. Peter the Wild Boy

Seorang anak laki-laki, telanjang dan berbulu merangkak berjalan muncul dari hutan dekat Hameln, Jerman pada tahun 1724. Akhirnya ia  ditangkap. Ia berperilaku seperti binatang liar dan memilih untuk makan burung dan sayuran mentah bahkan ia tidak mampu berbicara. Setelah pindah ke Inggris, ia diberi nama Peter si Anak Liar. Meskipun ia tidak pernah belajar bicara, ia sangat mencintai muzik, melakukan pekerjaan kasar, dan hidup sampai usia lanjut.

30 FAKTA MENARIK TENTANG BUAH-BUAHAN

  1. Kajian tentang pertumbuhan epal dipanggil pomology
  2. Orang yang ada alahan tehadap getah (latex) mungkin juga akan alah dengan buah kiwi
  3. Buah lemon diberikan pada tentera British untuk mengelakkan penyakit scurvy (kekurangan vitamin c)
  4. Terdapat lebih 400 jenis buah kiwi di China
  5. Strawberry tergolong dalam keluarga bunga ros
  6. Jika anda memanaskan buah lemon sebelum memerahnya, ia akan menghasilkan lebih banyak jus
  7. Terdapat lebih 20 billion kelapa yang dihasilkan setiap tahun
  8. 1/3 daripada buah nenas yang terdapat di dunia dihasilkan di Hawaii
  9. California menghasilkan 1 billion pound strawberry setiap tahun
  10. Buah plum Jepun sebenarnya berasal dari negara China
  11. Sebatang pokok epal mampu berbuah sehingga 100 tahun
  12. Terdapat lebih 1200 jenis tembikai yang tumbuh seluruh dunia dalam 96 negara
  13. Orang biasa secara puratanya makan lebih kurang 65 biji epal setahun
  14. Buah pear akan menghasilkan titik hitam jika disimpan dalam persekitaran yang kurang oksigen
  15. Pokok lemon yang matang mampu menghasilkan diantara 1000 hingga 2000 buah setahun
  16. Buah plum tumbuh dalam semua benua di dunia kecuali Antartika
  17. Bahagian dalam kulit pisang boleh digunakan untuk mengilatkan kasut kulit
  18. Limau nipis bebas daripada kandungan lemak, lemak tepu, natrium dan kolestrol
  19. Kebanyakkan vitamin C yang ada pada buah pear terdapat pada kulit buah tersebut
  20. Mangga mempunyai kandungan vitamin C yang sama banyak dengan buah oren
  21. Anda boleh menggosok bahagian dalam kulit pisang pada kulit untuk merawat gatal-gatal akibat gigitan nyamuk
  22. Lebih banyak mangga dimakan setiap hari seluruh dunia berbanding buah lain
  23. Terdapat lebih kurang 10,000 jenis buah epal yang tumbuh di seluruh dunia
  24. Lemon mempunyai lebih banyak kandungan gula berbanding strawberry
  25. Tambahkan setengah cawan jus lemon pada cucian anda untuk mendapat cucian yang lebih putih berseri
  26. Pisang mempunyai kandungan vitamin B-Complex yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf
  27. Buah pear mampu kekal hidup pada suhu serendah -40 darjah celcius
  28. Jika anda menanam sebiji benih buah oren, anda mungkin akan mendapat lebih daripada sebatang pokok
  29. Mangga tergolong dalam keluarga yang sama dengan poison ivy
  30. 25% daripada kandungan buah epal adalah udara. Sebab itu ia terapung di atas permukaan air